Seumur hidup aku, ini yang pertama
Pintu hatiku diketuk oleh dua jejaka
Punyai ciri selama ini ku cari
Berbeza wajah tampan nan tetap asli
Naomi menyisir rambutnya yang basah disirami air ketika dia mengangkat hadas besar tadi. Sambil menyikat rambutnya yang panjang hingga mencecah paras pinggangnya, Naomi mengulang tayang peristiwa yang telah diukir beberapa bulan yang lalu bersama seorang insan yang dikenalinya sejak dia mula bersekolah di asrama Makhota Raja Azmi. Naomi terpandang wajah yang seakan dengannya di dada cermin yang ternyata sedang dibelenggu dilema. Kerutan dia dahinya jelas terpancar, mengharapkan jawapan untuk menyelesaikan masalahnya.
Sebagai seorang yang adil, dia kini terpaksa berfikir sejenak semasak-masaknya biarpun ia telah jauh termasak kerana masalahnya ini menyebabkan dua hati insan yang amat dia sayangi. Kebingungan dan keresahan silih berganti menghuni kamar otaknya. Apakah kesudahannya nanti? Naomi hanya dapat mengeluh kebuntuan. Tak tahu, itu pasti jawapan yang dapat diberikan.
Kalau ku pilih di sini
Apa kata di sana
Kalau ku pilih disana
Di sini akan terluka
Perlukah aku pilih keduanya
Membahagi kasih seadil-adilnya.
Tak mungkin! Naomi tidaklah sekuat itu untuk berbahagi kasihnya di antara dua jejaka yang telah berjaya mencari kunci untuk hatinya. Dia tidak berkuasa untuk melakukan itu. Mana mungkin seorang wanita mengahwini dua jejaka dalam satu masa yang sama? Gila! Siapa sangka, Naomi yang dikenali sebagai seorang wanita biasa namun jarang dapat diketemui sekali gus diserbu oleh dua orang jejaka yang sama tampan dan sama penyayang. Naomi sendiri tidak tahu, bagaimana hendak mencari perbezaan antara mereka berdua.
Shahril yang dikenalinya di asrama Makhota Raja Azmi, amatlah menarik di pandangan matanya. Sekali pandang sudah dapat mencairkan hati mana-mana gadis yang memandangnya. Kira..Naomi amatlah beruntung. Sebab di antara gadis-gadis yang lebih cantik lebih cun darinya
tidak dipilih oleh si jejaka itu. Malah Naomi juga yang dapat menjadi tumpuan mereka. Apakah keistimewaan yang ada pada si Naomi? Ramai yang sedang memcemburuinya tertanya-tanya soalan yang sama.
" Dia lain daripada yang lain Lan. Kau tahu..aku tak pernah jumpa gadis sebaik dan secantik dia. Pandai bergurau pulak tu. Macam mana aku tak tertarik dengan dia.."
Sarah seorang daripada komplot si gadis yang merana akibat ditolak lamaran untuk berpacar dengan jejaka yang direbuti itu akhirnya mendapat jawapannya apabila dia curi-curi dengar perbualan antara Shahril dan sahabat karibnya, Ramlan. Pasti semua akan dengkikan Naomi. Tapi Naomi sahaja buat dek aje sebab dia tak bersalah pun dalam hal ni. Sudah nasib masing-masing. Terima sahajalah hakikatnya.
Nun jauh di sana, seorang lagi jejaka yang sudah pun berusia, matang dan berkarier juga telah berjaya menakluki hati Naomi. Bagai doa yang dimakbulkan. Bagai impian yang menjadi kenyataan. Naomi sendiri tidak percaya. Rasanya kalaulah dirinya mempunyai dua hati, sudah tentu kedua-duanya dia mahu miliki.
Tapi dia tak mampu hidup di alam realiti. Kerana kehidupan yang sebenar ini pun sudah cukup membebankan fikirannya. Hatinya hanya ada satu. Dia harus memilih diantaranya. Walaupun tidak sampai hati, dia terpaksa melukakan hari seseorang daripadanya. Kalau da terpaksa, apakah nanti orang akan mengatakan bahawa dia seorang yang tidak jujur? Naomi menggelengkan kepalanya. Dia mengangkat kaki lalu merebahkan badannya di sisi katil. Matanya memandang di dinding kamarnya. Dia seolah-olah dapat membayangkan dua jejaka itu sedang tersenyum sumbing padanya sambil berdebat akan siapa yang akan terpilih untuk menjadi teman hidupnya.
Sungguh ku merasa resah
untuk menilai sesuatu yang indah
namunku ada pepatah
yang aku gubah..
"Shahril, seorang yang amat aku cintai, pandai berjenaka dan dialah peracun dan penawar hatiku"
" Nadzri, seorang yang amatku sayangi, romantis orangnya dan pandai mengambil hatiku."
" siapa yang harus ku pilih?"
Disana hanyalah menanti
Sampai bila pun ku tak pasti
bertanya khabar melalui tinta
jarang sekali bertemu muka
Namun ku tahu dia setia
setiap tiga hari, Naomi akan membalas suratnya yang datang nun jauh dari seberang. Khabarnya dan apa yang telah berlaku di sana akan menjadi topik perbualan mereka berdua di coretkan pada kertas yang berlipat itu. Tulisannya yang kemas dan bersih itu telah membuka matanya sambil menilai kecantikkan diri dan akhlak jejaka itu.
Walaupun mereka jarang berjumpa, namun Naomi tahu yang dia sentiasa setia padanya. Dia juga akan selalu bersedia untuk bertemu dengannya lagi bila tiba masanya nanti.
Dan di sini tetap menunggu
berada jelas di mataku
kasih tak luak terhadap aku
sanggup menunggu kata putusku
sayang, ketabahanmu menawanku
