Saturday, April 26, 2008

" Argh!! Da pukul berapa da ni...Bas tak sampai-sampai lagi! Aku dah la lambat. Aduh...mane bas ni?"rungut Syarifah, kegelisahan.

Sekali-sekala dia mengerling jam tangan Guess yang dihadiahkan oleh teman karibnya semasa hari jadinya yang ke 22. Jarum jam bergerak perlahan membuatkan Syarifah bertambah resah kerana dia takut dia akan terlambat. Bintik-bintik peluh bercambah di sana ini di tubuhnya yang agak montel itu disebabkan kepanasan. Kadang-kala angin sepoi-sepoi bahasa dapat juga mengurangkan rasa bahang matahari yang galak memancarkan sinaran mentarinya pada pagi itu. Cuaca sebegitu membuatkannya tidak senang duduk tak ubah seperti cacing kepanasan.

Sekejap dia berdiri dan sekejap lagi dia akan duduk semula di bangku yang tersedia di perhentian bas tersebut. Dia mengipas-ngipas dirinya dengan bajunya yang sudah dibasahi keringat. Dahinya juga sudah diminyaki peluh. Habis rosak semua make-upnya yang mengambil masa selama berjam-jam tadi kerana untuk menjaga menampilan diri. Dia menyeluk bag tangan Guccinya lalu mengeluarkan sehelai tisu untuk mengelap dahinya yang basah.

"Wahai apek..cepatkanlah perjalanan bas tu.." bisik hati Syarifah, kurang sabar.

Orang yang berada di dalam perhentian bas itu turut merasa gelisah melihatkan Syarifah yang asyik ke hulur ke hilir itu. Pening dibuatnya. Tanpa dia sedari ada sepasang mata juga asyik memerhatikannya dari jauh. Kadang-kala gelagat Syarifah itu membuatnya rasa digeletik. Dia ingin ketawa tapi dia tidak berani berbuat demikian kerana dia tidak mahu Syarifah tahu akan perbuatannya itu. Dia hanya mampu mengukirkan senyuman yang lebar demi mempertahankan tawanya.

Sejenak kemudian, bola matanya menumpukan sepenuh perhatian pada sebuah objek yang beroda empat sedang bergerak perlahan menuju ke arahnya. Huh..panjang umur kamu, bas! detik hati Syarifah puas hati. Mahu sahaja dia mengutuk-ngutuk apek bas itu seolah-olah dialah punca kelambatannya. Cepat-cepat dia bangun lalu melambai-lambaikan tangannya dengan semangat, mengisyaratkan supaya bas itu dapat diberhentikan dengan segera. Apek bas pun memberhentikan bas itu betul-betul di hadapannya. Apabila pintu telah terbuka, tanpa menunggu lagi, dengan tergopoh-gapahnya dia mendaki anak tangga bas itu lalu...

NTAP!!

"Aduh sakitnya....!!!" ngeran Syarifah.

Tanpa dia sedari, dia telah terpijak kain kembangnya sendiri. Apek bas itu hanya dapat menggelengkan kepalanya wal hal dalam hatinya, dia sedang ketawa terkekek-kekek melihat gelagat Syarifah yang kurang sabar tadi. Penumpang yang lain juga turut terkejut dengan bunyi dentuman yang kuat dari muka pintu bas. Syarifah terjelepuk jatuh di atas anak tangga itu bagai nangka busuk. Dia masih lagi mengurut-ngurut pinggangnya yang terhentak bucu anak tangga tadi.Hatinya menyumpah seranah diri sendiri kerana tidak berhati-hati.

Dalam masa yang sama, dia menahan malu kerana ramai yang sedang mentertawakannya dan ada hanya memerhatikannya tanpa memberi sembarang pertolongan. Mukanya setebal kulit gajah..Aduh..malunya!!! tiba-tiba, datang seorang pemuda yang tampan bergaya menghulurkan tangannya yang sasar itu ke arah Syarifah. Dia terpegun seketika dengan wajah yang menawan itu. Mukanya bersih putih bagai bayi yang baru dilahirkan. Rambutnya pula disisir kemas. Waduh...hensemnye mamat ni...puji Syarifah senyap-senyap.

"Boleh saya bantu, saudari?" tanya pemuda itu, sambil menghulurkan tangannya, ikhlas.

Syarifah terus terjaga dari lamunannya lalu mencapai tangan pemuda itu. Apabila dia sudah dapat berdiri tegak, barulah dia melepaskan genggaman pemuda tadi.

"Terima Kasih ya." Syarifah tersenyum simpul, malu-malu.

"Ikhlas. Saudari tak apa-apakan?" tanya pemuda itu.

Syarifah meneggelengkan kepalanya. Dia tersenyum lagi.

"Aiyah! Lu olang naik cepat laa..wa mau tutop itu pintu. Mau beldlama bukan di sini woo..manyak olang sulah tunggu...haiya!" apek bas itu merungut sendirian lalu menutup pintu bas itu setalah Shehzadi menaikinya dan membayar tambang bas menggunakan kad EZ-linknya.

Sepanjang perjalannya ke tempat yang ingin ditujui, Syarifah seakan terlupa yang dia sudah terlambat untuk ke temu janji dengan ketua Syarikat Executive dalam pengedaran majalah setempat. Dia asyik mengulang tayang peristiwa pahit yang baru dilaluinya tadi.Dan senyuman pemuda yang telah mencairkan hatinya sentiasa bermain dimindanya. Setelah sampai di perhentian bas dekat dengan syarikat tersebut, Syarifah memicit butang berhenti lalu turun dari bas tersebut sebaik sahaja bas itu berhenti.

Cepat-cepat dia berlari dan menaiki lif di bangunan tinggi itu. Syarifah bertemu dengan setiausahanya sebelum bertemu duga dengan pengarahnya. Setiausahnya pun membuat panggilan dekat menggunakan telekom untuk mendapatkan kebenaran supaya Syarifah dapat berjumpa dengannya. Setelah mendapat kebenaran tersebut, Syarifah pun mengetuk pintu pengarahnya.

Dengan Bismillah, dia pun melangkah masuk apabila terdengar arahan "masuk" dari dalam.

"Sila duduk." Shehzadi mempersilakan Syarifah untuk duduk di kerusi yang terletak bertentangannya.

Syarifah hanya mengikut arahan. Tetapi dia masih belum dapat lihat lagi wajah si pengarah kerana dia duduk membelakanginya. Sejenak kemudian, Shehzadi memusingkan kerusinya untuk berhadapan dengan Syarifah, orang yang telah dia bantu dalam kejadian yang tidak disangkakan tadi. Syarifah terkejut besar. Hatinya berderau tatkala melihat wajah Shehzadi yang begitu tenang melihatnya.Sungguh kecilnya dunia ni. Tak sempat dia nak berkenalan dengan pemuda tadi, tapi rupanya-rupanya, nasibnya begitu baik sekali. Mukanya merah merona kerana dia tak dapat menyangka yang dia dapat menemui pemuda itu buat kali kedua dan harapannya untuk beberapa lama mungkin. Shehzadi seakan dapat mengerti perasaan Syarifah kerana peristiwa yang berlaku tadi, lalu dia pun menghadiahkan sekuntum senyuman untuknya.

"Janganlah cik risau pasal hal tadi. Anggap sahaja ini pertama kali kita bertemu ok? So..boleh kita mula sekarang?"

"Erm..baiklah Encik Shehzadi."

***

Setahun sudah Syarifah berkerja di Syarikat Executive itu. Pada petang itu, Shehzadi mengemaskan mejanya yang berselerak dengan kertas penting. Selesai sahaja mengemas, dia keluar lalu menuju ke arah meja Syarifah.

"Syarifah, awak balik nanti, saya temankan boleh?" tanya Shehzadi.

"Encik nak temankan saya? Eh kenapa pulak?"

"Janganlah berencik-encik dengan abang. Kitakan dah bertunang. Jadi salahkah abang temankan Sya balik?" tanyanya lagi, manja.

Syarifah hanya tertunduk malu. "Iyalah..takkan tak boleh pulak?" usik Syarifah.

Shehzadi berlalu pergi memasuki kamar ofisnya semula dengan senang hati. Setahun sudah mereka mengenali hati budi masing-masing. Mereka berdua memang serasi dan kelihatan intim. Bagai pinang dibelah dua. Syarifah sendiri sudah mula terpikat dengan Shehzadi sejak pertama kali mereka bertemu dia anak tangga bas. Syarifah tersenyum simpul teringatkan peristiwa lama itu. Shehzadi pula telah lama memerhatikan Syarifah. Ciri-ciri wanita idamannya ada pada diri Syarifah. Jadi dia tidak teragak-agak, Syarifahlah orangnya. Sungguh bertuah dia kerana dia tidak perlu lagi mencari-cari pasangan hidup. Mungkin inilah yang dinamakan takdir tuhan.

"Hmm..termenung nampak. Teringat kat saper tu? Da siap belum? Jum kita balik?" jemput Shehzadi.

Dua merpati itu pun mengorak langkah untuk pulang ke rumah masing-masing. Kenangan manis buat Syarifah apabila Shehzadi mula-mula meluahkan hasrat hati yang telah dipendamnya selama ini terhadap Syarifah. Sungguh romantis sekali waktu itu. Amat memalukan juga. Shehzadi melutut dihadapannya dan meluahkan perasaan cinta terhadapnya di dalam bas sewaktu pulang ke rumah.

"Syarifah, will you marry me?" sambil mengucup tangan Syarifah di hadapan penumpang bas yang lain. Sungguh terkejut dia. Tetapi Syarifah menerimanya dengan sepenuh hati kerana Shehzadi juga adalah pilihan hatinya.

Shehzadi Bin Sulaiman <3 Syarifah Binte Samsudin

Penulis : Amy Comment kepada : amyna_88@hotmail.com

0 Comments:

Post a Comment

<< Home